Sunday 7 October 2012

First Week..

Sesi Pembelajaran Pada Minggu Pertama

Assalammualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera,

   Pada minggu pertama bagi kelas untuk kursus Komputer dalam Pendidikan yang telah dijalankan di Makmal Komputer 4,yang pada mulanya diseliakan oleh Dr Siti Fatimah,kami telah diperkenalkan dengan sedikit sebanyak mengai struktur kursus program komputer dalam pendidikan ini,Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan,di mana setiap kumpulan merupakan gabungan daripada 2 buah program besar di bawah Fakulti Pendidikan iaitu Program Pendidikan Khas dan Program Sukan dan Rekreasi.Kumpulan 1 dan 2 diseliakan oleh Cik Mazalah,iaitu kumpulan saya sendiri iaitu kumpulan 1 atau lebih dikenali sebagai S1K1(di mana huruf "S" itu di wakili dari perkataan semester dan "K" itu diwakili dari perkataan kumpulan).



   Kami semua telah didedahkan dengan sedikit sebanyak mengenai kursus ini berdasarkan Proforma yang telah di berikan kepada kami,Di situ,sedikit sebanyak kami boleh merujuk kepada Proforma mengenai kerja-kerja khusus yang perlu kami lakukan.Mengenai pengalaman saya pula dengan komputer ini adalah sedikit sebanyak,di mana ketika saya berada di kolej matrikulasi dahulu saya ada mengambil subjek sains komputer.Namun di kolej tersebut kami menggunakan program yang berlainan iaitu U-buntu.Oleh itu,saya harap dalam kursus komputer dalam pendidikan ini saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya untuk menggunakan komputer.Justeru itu,saya berharap  pensyarah dan rakan-rakan sekalian dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang serba kekurangan ini.

Sekian,wassalam.



 


No comments:

Post a Comment