Wednesday 9 January 2013

MINGGU TERAKHIR SEMESTER 1 SESI 2012/2013

ASSALAMMUALAIKUM......

Pergi ke cameron beli kaktus,
dah lama saya x update status....
hehehe...Hari ini saya memulakan penulisan saya dengan pantun 2 kerat pula yer....
Pantun pasal kaktus,teringat kawan saya siti khadijah,waktu hari jadi saya yang lepas,dia hadiahkan saya pokok kaktus yang kecil tu,yang dalam pasu plastik bulat tu..tahukan...

Lebih kurang macam nilah kaktus tu...
oklah,habis sudah bercerita pasal kaktus..
hari saya ingin menceritakan aktiviti pembelajaran saya yang seterusnya iaitu berkenaan animasi dan grafik.
Kami telah dibentuk dalam satu kumpulan baru,dimana ahlinya terdiri daripada saya sendiri,Maisarah,Majdi dan Nik(ketua).Kami telah diberikan tugas untuk mencari maklumat mengenai grafik dan animasi.Selepas mencari maklumat yang lengkap mengenai animasi dan grafik,kami dikehendaki untuk menggabungkan maklumat tersebut dalam bentuk laporan menggunakan microsoft word.



Lebih kurang macam nilah format laporan yang kami perlu buat...



Selepas selesai tugasan tadi,kami juga telah diberi tugasan baru untuk membuat satu brochure mengenai topik kajian kami iaitu Thinking Skills and ICT dengan menggunakan microsoft publisher.


Lebih kurang macam nilah brochure yang kita orang buat..cantikkan...hehehhe.. =)


Kami gunakan microsoft Publisher untuk membuat brochure ini...

okay,selepas siap membuat brochure,saya ditugaskan untuk membuat laporan dengan membuat laporan dalam format APA style.Ala-ala macam booklet gitu..hehe...


Inilah yang dikatakan APA styles...bukan Gangnam styles tau..hehehe...

Seterusnya kami juga ditugaskan untuk membuat analisis markah peperiksaan dan penyata kewangan peribadi  dengan menggunakan microsoft excel...





Lebih kurang macam nilah format analisis markah peperiksaan dan penyata kewangan peribadi yang saya buat tu....

ok..tibalah minggu yang terakhir dimana kami perlu membuat digital portfolio yang mengandungi segala link-link dengan tugasan-tugasan yang kami buat sebelum ini.Kami membuat digital portfolio ini menggunakan microsoft power point.



Sekian sahajalah dari saya mengenai sesi pembelajaran saya untuk kursus komputer dalam pendidikan untu semester satu sesi 2012/2013 ini...
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah komputer dalam pendidikan yang banyak membimbing saya sepanjanh sesi pembelajaran ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mazalah yang banyak membantu dan mengajar saya dan tidak l;upa juga kepada rakan-rakan seperjuabgan yang banyak membantu dan membimbing saya selama ini.
SEKIAN SAHAJA DARI SAYA
YANG TULUS DAN IKHLAS,
KHAIRUN NISA BINTI ISMAIL....
TERIMA KASIH....