Saturday, 13 October 2012

Tugasan Minggu ke-3

COMPUTER IN TEACHING AND LEARNING

Dalam minggu ini kami dikehendaki untuk mencari maklumat mengenai "course management system" dan "learning management system" dengan menggunakan pelbagai "search engine" seperti google,yahoo,msn dan banyak lagi.



Selepas mencari sebanyak yang mungkin maklumat mengenai CMS dan LMS,kami dikehendaki menyediakan satu laporan dengan menggunakan google doc,kami perlu menggunakan google akaun kami untuk membuka google doc.Selepas selesai membuat laporan,kami perlu kongsi fail laporan tersebut dengan pensyarah program,koordinator dan rakan seprogram.Laporan tersebut hendaklah ditukarkan daripada format google doc kepada format pdf.Kemudian fail laporan tersebut dimuat naik di dalam yahoo group dan dropbox.

Sekian,wassalam....






Tugasan Sepanjang Minggu ke-2

SECOND WEEK.....


        Assalammualaikum,tibalah masenye untuk saya menceritakan tentang aktiviti saya dalam kelas komputer dalam pendidikan untuk minggu yang ke-2.Pada minggu ini,kami dikehendaki untuk membuat akaun e-mail yahoo dan google.kami dikehendaki untuk meletakkan nama sebenar seperti mana dalam kad pengenalan kami untuk nama akaun untuk e-mail  google dan yahoo kami. 




YAHOO akaun registration




                               
                                          GOOGLE akaun registration


Di dalam akaun e-mail kami,diperlukan untuk membuat signature bagi memudahkan proses untuk mengenal pasti siapa yang empunya e-mail.Dimana kami dikehendaki untuk menulis nama penuh, program, fakulti, nombor telefon,alamat e-mail,alamat facebook dan alamat blog kami.Selain itu,kami perlu memastikan segala alamat-alamat yang terteras di "link"kan terus ke alamat-alamat tersebut.Selepas itu,kami perlu menghantar e-mail kepada alamat ge1155@yahoo.com dan kepada pensyarah kumpulan masing-masing.Kemudian kami perlu menyertai kumpulan http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2012-2013 dengan menggunakan yahoo id masing-masing.Setelah menyertai kumpulan itu,kami perlu menghantar e-mail menggunakan "feature" "post" yang terdapat di dalam "page" kumpulan itu.Seterusnya menghantar mesej daripada e-mail   kepada ge1155-2012-2013@yahoogroups.com.Akhir sekali,kami ditugaskan untuk membincangkan perbezaan antara menghantar mesej melalui "post" dan "e-mail".


Selepas itu,kami juga di kehendaki untuk membuka akaun facebook rasmi,dimana akaun facebook tersebut hendaklah dinamakan dengan nama penuh kami semua.Seterusnya kami juga perlu membuat satu kumpulan dalam facebook,nama kumpulan itu hendaklah dilabelkan dengan nombor matrik masing-masing.Kami juga perlu meng"invite" pensyarah kami iaitu Dr Fatimah dan Cik Mazalah untuk menyertai kumpulan tersebut.

                        
                                                 SIGN-UP FACEBOOK              



Create a Group



Selepas membuat "page" kumpulan dengan menggunakan nombor matrik,kami perlu meletakkan nama kami dan nama program di dalam kotak "description".Kami perlu menjemput rakan sekelas dan pensyarah komputer dalam pendidikan untuk menyertai page tersebut.Seterusnya pula kami juga perlu membuat satu lagi page kumpulan menggunakan "yahoo group" dengan menggunakan yahoo id,dan menamakan group itu dengan menggunakan nombor matrik.Kami perlu menetapkan kumpulan itu kepada "closed group".Seperti biasa,kami perlu menjemput  rakan sekelas dan pensyarah komputer dalam pendidikan untuk menyertai page tersebut.


                                                         Yahoo Group



Tugasan yang seterusnya pula,kami ditugaskan untuk belajar menggunakan dropbox dan ditugaskan untuk mendaftar dropbox di alamat,https://www.dropbox.com/register menggunakan yahoo id kami.





 Tugasan terakhir kami pada minggu ke-2 ini ialah untuk create official blog dengan menggunakan google atau yahoo id.Blog tersebut dinamakan dengan nombor matrik dan kumpulan kelas masing-masing.Di dalam blog tersebut kami dikehendaki untuk mengupdate mengenai segala apa yang telah kami pelajari di setiap minggu.

sekian...wassalam......













Sunday, 7 October 2012

First Week..

Sesi Pembelajaran Pada Minggu Pertama

Assalammualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera,

   Pada minggu pertama bagi kelas untuk kursus Komputer dalam Pendidikan yang telah dijalankan di Makmal Komputer 4,yang pada mulanya diseliakan oleh Dr Siti Fatimah,kami telah diperkenalkan dengan sedikit sebanyak mengai struktur kursus program komputer dalam pendidikan ini,Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan,di mana setiap kumpulan merupakan gabungan daripada 2 buah program besar di bawah Fakulti Pendidikan iaitu Program Pendidikan Khas dan Program Sukan dan Rekreasi.Kumpulan 1 dan 2 diseliakan oleh Cik Mazalah,iaitu kumpulan saya sendiri iaitu kumpulan 1 atau lebih dikenali sebagai S1K1(di mana huruf "S" itu di wakili dari perkataan semester dan "K" itu diwakili dari perkataan kumpulan).



   Kami semua telah didedahkan dengan sedikit sebanyak mengenai kursus ini berdasarkan Proforma yang telah di berikan kepada kami,Di situ,sedikit sebanyak kami boleh merujuk kepada Proforma mengenai kerja-kerja khusus yang perlu kami lakukan.Mengenai pengalaman saya pula dengan komputer ini adalah sedikit sebanyak,di mana ketika saya berada di kolej matrikulasi dahulu saya ada mengambil subjek sains komputer.Namun di kolej tersebut kami menggunakan program yang berlainan iaitu U-buntu.Oleh itu,saya harap dalam kursus komputer dalam pendidikan ini saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya untuk menggunakan komputer.Justeru itu,saya berharap  pensyarah dan rakan-rakan sekalian dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang serba kekurangan ini.

Sekian,wassalam.