Wednesday, 9 January 2013

MINGGU TERAKHIR SEMESTER 1 SESI 2012/2013

ASSALAMMUALAIKUM......

Pergi ke cameron beli kaktus,
dah lama saya x update status....
hehehe...Hari ini saya memulakan penulisan saya dengan pantun 2 kerat pula yer....
Pantun pasal kaktus,teringat kawan saya siti khadijah,waktu hari jadi saya yang lepas,dia hadiahkan saya pokok kaktus yang kecil tu,yang dalam pasu plastik bulat tu..tahukan...

Lebih kurang macam nilah kaktus tu...
oklah,habis sudah bercerita pasal kaktus..
hari saya ingin menceritakan aktiviti pembelajaran saya yang seterusnya iaitu berkenaan animasi dan grafik.
Kami telah dibentuk dalam satu kumpulan baru,dimana ahlinya terdiri daripada saya sendiri,Maisarah,Majdi dan Nik(ketua).Kami telah diberikan tugas untuk mencari maklumat mengenai grafik dan animasi.Selepas mencari maklumat yang lengkap mengenai animasi dan grafik,kami dikehendaki untuk menggabungkan maklumat tersebut dalam bentuk laporan menggunakan microsoft word.



Lebih kurang macam nilah format laporan yang kami perlu buat...



Selepas selesai tugasan tadi,kami juga telah diberi tugasan baru untuk membuat satu brochure mengenai topik kajian kami iaitu Thinking Skills and ICT dengan menggunakan microsoft publisher.


Lebih kurang macam nilah brochure yang kita orang buat..cantikkan...hehehhe.. =)


Kami gunakan microsoft Publisher untuk membuat brochure ini...

okay,selepas siap membuat brochure,saya ditugaskan untuk membuat laporan dengan membuat laporan dalam format APA style.Ala-ala macam booklet gitu..hehe...


Inilah yang dikatakan APA styles...bukan Gangnam styles tau..hehehe...

Seterusnya kami juga ditugaskan untuk membuat analisis markah peperiksaan dan penyata kewangan peribadi  dengan menggunakan microsoft excel...





Lebih kurang macam nilah format analisis markah peperiksaan dan penyata kewangan peribadi yang saya buat tu....

ok..tibalah minggu yang terakhir dimana kami perlu membuat digital portfolio yang mengandungi segala link-link dengan tugasan-tugasan yang kami buat sebelum ini.Kami membuat digital portfolio ini menggunakan microsoft power point.



Sekian sahajalah dari saya mengenai sesi pembelajaran saya untuk kursus komputer dalam pendidikan untu semester satu sesi 2012/2013 ini...
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah komputer dalam pendidikan yang banyak membimbing saya sepanjanh sesi pembelajaran ini.Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Cik Mazalah yang banyak membantu dan mengajar saya dan tidak l;upa juga kepada rakan-rakan seperjuabgan yang banyak membantu dan membimbing saya selama ini.
SEKIAN SAHAJA DARI SAYA
YANG TULUS DAN IKHLAS,
KHAIRUN NISA BINTI ISMAIL....
TERIMA KASIH....








Monday, 3 December 2012

RESEARCH.....

Statistical Package for Social Science(SPSS)

Pada minggu ini saya dan rakan seperjuangan saya telah ditugaskan untuk membuat laporan berdasarkan soalan-soalan "questionnaire" yang telah diedarkan kepada 10 orang respondan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science atau lebih dikenali sebagai "SPSS".Dimana kami dikehendaki memasukkan segala data yang telah kami dapati daripada 10 orang respondan tersebut ke dalam SPSS.Setelah itu,kami dikehendaki menganalisis data tersebut di samping membuat satu laporan mini hasil daripada kajian mini kami.Mula-mula kami perlu mengisi ruang untuk variable,dimana di situ kami perlu menyatakan soalan yang diajukan serta pilih jawapan yang telah disediakan dalam "questionnaire" tersebut.


Data & Variable


Proses Memasukkan Data 




Selepas itu hasil kutipan data dimasukkan,dan kami perlu membuat laporan mini dimana dalam laporan tersebut terdapat "output" hasil daripada data yang telah dimasukkan.Di dalam "output" tersebut kita boleh memilih sama ada ingin mewakili hasil data tersebut sama ada dalam bentuk table,graf bar,graf garisan ataupun carta pai.Kumpulan kami telah memilih untuk mewakili hasil data tersebut dalam bentuk carta pai.

Example of Output



Carta Pai


Akhir sekali,kami perlu membuat laporan mini dengan memasukkan segala data,termasuklah carta pai yang telah kami buat dengan menggunakan proses output SPSS.

Output  Data That Represent By Pie Chart



Contoh Laporan Kajian



Sekian sahaja untuk bahagian SPSS.











Monday, 5 November 2012

ONLINE QUESTIONNAIRE : SURVEY MONKEY

Assalammualaikum wbt....

Pada minggu ke-6 ini,kami,iaitu saya dan partner saya dikehendaki untuk membuat 10 soalan yang simple berdasarkan tajuk assignment yang kami perolehi iaitu "Thinking Skills and ICT".Kami perlu membuat "questionnaire" itu secara online,iaitu dengan menggunakan "Survey Monkey" di laman web www.surveymonkey.com.

Sebelum membuat questionnaire,kami dikehendaki untuk  sign up terlebih dahulu.


Questionnaire kami akan berbentuk sebegini....




Selain itu,kami juga perlu mencipta questionnaire menggunakan google dokumen atau form.







Dimana soalan questionnaire ini akan dicetak dan diberikan kepada 10 orang respondan untuk menjawab soalan -soalan questionnaire tersebut.






Sekian sahaja,Terima kasih.
Pengalaman saya untuk hari ini,inilah pertama kali dalam hidup saya,saya membuat questionnaire online,selama ini pun kalau buat questionnaire,semuanya buat secara manual jer,itu tandanya zaman dah semakin maju,saya harap saya juga dapat bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dari hari ke hari.




Thursday, 1 November 2012

THINKING SKILLS and ICT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...
Ok,seperti biasa saya akan menceritakan mengenai aktiviti mingguan saya dalam kursus komputer dalam pendidikan.Untuk minggu ke-4 hinggalah minggu ke-5 ini,kami telah ditugaskan untuk memilih seorang partner untuk membincangkan serta mencari  maklumat mengenai isu yang telah kami pilih,iaitu "Thinking Skills and ICT".Saya telah memilih Maisarah binti Zulkafli sebagai partner saya.Kami telah menggunakan pelbagai sumber untuk mencari maklumat mengenai thinking skills and ICT,termasuklah search engine yahoo,google,msn,slide share dan you tube.



Setelah mengumpul maklumat yang mencukupi kami telah mengupload link mengenai maklumat thinking skills and ICT ini di facebook group kami untuk dikongsi bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain untuk mendapatkan pendapat dan komen mereka terhadap maklumat yang dikongsi bersama.



Oleh itu,saya harap,kami akan mendapat komen dan pendapat yang membangun yang boleh menaikkan semangat kami untuk terus melakukan yang terbaik dalam proses mencari dan mendapatkan maklumat  menngenai perkongsian maklumat.Saya juga berharap Cik Mazalah dan Dr Fatimah berpuas hati terhadap hasil kerja kami. =D



Saturday, 13 October 2012

Tugasan Minggu ke-3

COMPUTER IN TEACHING AND LEARNING

Dalam minggu ini kami dikehendaki untuk mencari maklumat mengenai "course management system" dan "learning management system" dengan menggunakan pelbagai "search engine" seperti google,yahoo,msn dan banyak lagi.



Selepas mencari sebanyak yang mungkin maklumat mengenai CMS dan LMS,kami dikehendaki menyediakan satu laporan dengan menggunakan google doc,kami perlu menggunakan google akaun kami untuk membuka google doc.Selepas selesai membuat laporan,kami perlu kongsi fail laporan tersebut dengan pensyarah program,koordinator dan rakan seprogram.Laporan tersebut hendaklah ditukarkan daripada format google doc kepada format pdf.Kemudian fail laporan tersebut dimuat naik di dalam yahoo group dan dropbox.

Sekian,wassalam....






Tugasan Sepanjang Minggu ke-2

SECOND WEEK.....


        Assalammualaikum,tibalah masenye untuk saya menceritakan tentang aktiviti saya dalam kelas komputer dalam pendidikan untuk minggu yang ke-2.Pada minggu ini,kami dikehendaki untuk membuat akaun e-mail yahoo dan google.kami dikehendaki untuk meletakkan nama sebenar seperti mana dalam kad pengenalan kami untuk nama akaun untuk e-mail  google dan yahoo kami. 




YAHOO akaun registration




                               
                                          GOOGLE akaun registration


Di dalam akaun e-mail kami,diperlukan untuk membuat signature bagi memudahkan proses untuk mengenal pasti siapa yang empunya e-mail.Dimana kami dikehendaki untuk menulis nama penuh, program, fakulti, nombor telefon,alamat e-mail,alamat facebook dan alamat blog kami.Selain itu,kami perlu memastikan segala alamat-alamat yang terteras di "link"kan terus ke alamat-alamat tersebut.Selepas itu,kami perlu menghantar e-mail kepada alamat ge1155@yahoo.com dan kepada pensyarah kumpulan masing-masing.Kemudian kami perlu menyertai kumpulan http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2012-2013 dengan menggunakan yahoo id masing-masing.Setelah menyertai kumpulan itu,kami perlu menghantar e-mail menggunakan "feature" "post" yang terdapat di dalam "page" kumpulan itu.Seterusnya menghantar mesej daripada e-mail   kepada ge1155-2012-2013@yahoogroups.com.Akhir sekali,kami ditugaskan untuk membincangkan perbezaan antara menghantar mesej melalui "post" dan "e-mail".


Selepas itu,kami juga di kehendaki untuk membuka akaun facebook rasmi,dimana akaun facebook tersebut hendaklah dinamakan dengan nama penuh kami semua.Seterusnya kami juga perlu membuat satu kumpulan dalam facebook,nama kumpulan itu hendaklah dilabelkan dengan nombor matrik masing-masing.Kami juga perlu meng"invite" pensyarah kami iaitu Dr Fatimah dan Cik Mazalah untuk menyertai kumpulan tersebut.

                        
                                                 SIGN-UP FACEBOOK              



Create a Group



Selepas membuat "page" kumpulan dengan menggunakan nombor matrik,kami perlu meletakkan nama kami dan nama program di dalam kotak "description".Kami perlu menjemput rakan sekelas dan pensyarah komputer dalam pendidikan untuk menyertai page tersebut.Seterusnya pula kami juga perlu membuat satu lagi page kumpulan menggunakan "yahoo group" dengan menggunakan yahoo id,dan menamakan group itu dengan menggunakan nombor matrik.Kami perlu menetapkan kumpulan itu kepada "closed group".Seperti biasa,kami perlu menjemput  rakan sekelas dan pensyarah komputer dalam pendidikan untuk menyertai page tersebut.


                                                         Yahoo Group



Tugasan yang seterusnya pula,kami ditugaskan untuk belajar menggunakan dropbox dan ditugaskan untuk mendaftar dropbox di alamat,https://www.dropbox.com/register menggunakan yahoo id kami.





 Tugasan terakhir kami pada minggu ke-2 ini ialah untuk create official blog dengan menggunakan google atau yahoo id.Blog tersebut dinamakan dengan nombor matrik dan kumpulan kelas masing-masing.Di dalam blog tersebut kami dikehendaki untuk mengupdate mengenai segala apa yang telah kami pelajari di setiap minggu.

sekian...wassalam......













Sunday, 7 October 2012

First Week..

Sesi Pembelajaran Pada Minggu Pertama

Assalammualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera,

   Pada minggu pertama bagi kelas untuk kursus Komputer dalam Pendidikan yang telah dijalankan di Makmal Komputer 4,yang pada mulanya diseliakan oleh Dr Siti Fatimah,kami telah diperkenalkan dengan sedikit sebanyak mengai struktur kursus program komputer dalam pendidikan ini,Kami telah dibahagikan kepada 4 kumpulan,di mana setiap kumpulan merupakan gabungan daripada 2 buah program besar di bawah Fakulti Pendidikan iaitu Program Pendidikan Khas dan Program Sukan dan Rekreasi.Kumpulan 1 dan 2 diseliakan oleh Cik Mazalah,iaitu kumpulan saya sendiri iaitu kumpulan 1 atau lebih dikenali sebagai S1K1(di mana huruf "S" itu di wakili dari perkataan semester dan "K" itu diwakili dari perkataan kumpulan).



   Kami semua telah didedahkan dengan sedikit sebanyak mengenai kursus ini berdasarkan Proforma yang telah di berikan kepada kami,Di situ,sedikit sebanyak kami boleh merujuk kepada Proforma mengenai kerja-kerja khusus yang perlu kami lakukan.Mengenai pengalaman saya pula dengan komputer ini adalah sedikit sebanyak,di mana ketika saya berada di kolej matrikulasi dahulu saya ada mengambil subjek sains komputer.Namun di kolej tersebut kami menggunakan program yang berlainan iaitu U-buntu.Oleh itu,saya harap dalam kursus komputer dalam pendidikan ini saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saya untuk menggunakan komputer.Justeru itu,saya berharap  pensyarah dan rakan-rakan sekalian dapat memberi tunjuk ajar kepada saya yang serba kekurangan ini.

Sekian,wassalam.